A. PERUMPAMAAN
Bagai
1. Bagai abu di atas tunggul - kedudukan seseorang yang tidak tetap atau tidak terjamin.
2. Bagai air di daun keladi - tidak tetap pendirian.
3. Bagai air mencari jenisnya - gigih mencari ilmu.
4. Bagai air titik ke batu - susah memberi nasihat kepada orang yang degil.
5. Bagai anjing berebut tulang - tamak dan ingin berebut harta.
Bak
1. Bak manik putus tali - air mata yang berderaian membasahi pipi.
2. Bak perahu berat sebelah -keputusan yang tidak adil.
3. Bak rasa di liang lahat - berada dalam kesusahan.
4. Bak tengguli ditukar cuka - keadaan yang gembira tiba-tiba bertukar menjadi duka.
5. Bak orang gombang di lebuh - nampak elok diluar tetapi di dalam tidak sempurna.
Ibarat
1. Ibarat ayam,tiada kais,tiada makan - kalau tidak bekerja tidak makan.
2. Ibarat bunga,sedap dipakai,layu dibuang - perempuan yang dikasihi masa muda tetapi diceraikan apabila semakin tua.
3. Ibarat beban belum lepas dari bahu - belum lagi terlepas daripada tanggungan.
4. Ibarat burung dalam sangkar,mata lepas badan terkurung - hidup yang sentiasa dikongkong.
5. Ibarat burung,mulut manis jangan dipakai - kata-kata manis untuk memperdayakan seseorang.
Laksana
1. Laksana antah melukut,lapar sangat baru berguna - sesuatu yang dianggap tidak penting,akhirnya berguna juga.
2. Laksana buah bemban,masak jatuh ke lumpur - menghilangkan diri dengan tiba-tiba.
3. Laksana garam dengan asam - amat padan benar.
4. Laksana janda baru bangun tidur - perempuan yang sangat cantik
5. Laksana jentayu menantikan hujan - sangat merindui seseorang.
Macam
1. Macam batang kayu - tidak bergerak-gerak.
2. Macam kikir besi - sangat kedekut.
3. Macam orang biduk - makan bersama-sama tetapi bayar sendiri-sendiri.
Seperti
1.Seperti anak ayam kehilangan ibu - berpecah dan hilang tempat bergantung.
2. Seperti anjing dengan bayang-bayang - tamak dan tidak pernah bersyukur atas apa yang dimiliki.
3. Seperti anjing dengan kucing - dua orang yang sentiasa bertengkar jika bertemu.
4. Seperti anjing berebut tulang - tamak ketika berebut harta.
5. Seperti api dalam sekam - kejahatan yang tersembunyi.
Umpama
1. Umpama air di dalam kolam - orang yang tenang,sabar dan baik tingkah laku.
2. Umpama air digengam tak tiris - sangat kedekut.
3. Umpama Belanda kesiangan - cuba berlagak seperti orang putih.
4. Umpama telur sesarang dierami induknya - kejayaan anak-anak merupakan hasil peliharaan yang sempurna daripada ibu bapa.
5. Umpama pisau di tangan kanan, timun di tangan kiri - orang yang lemah tidak dapat melawan orang yang berkuasa.
B. PEPATAH
1. Ada air adalah ikan - rezeki ada di mana-mana asal rajin mengusahakannya.
2 Ada gula adalah semut - tempat yang menjadi sumber rezeki akan menjadi tumpuan orang.
3. Ada padi semua kerja jadi,ada beras semua kerja deras - bagi orang yang berkemampuan segala maksudnya boleh dilaksanakan dengan mudah.
4. Air diminum rasa duri,nasi dimakan rasa sekam - berasa sangat sedih.
5. Akal tak datang sekali,runding tak sekali tiba - kejayaan tidak akan datang dengan serta merta tetapi secara beransur-ansur setelah berusaha.
6. Bagaimana acuan begitulah kuihnya - seseorang anak yang mempunyai tingkah laku atau kepandaian yang sama dengan ibu bapanya.
7. Bagai sumbu pelita menerangi orang lain dengan membakar diri sendiri - oarang yang mengorbankan kepentingan diri sendiri demi kepentingan orang lain.
8. Banyak udang banyak garam,banyak orang banyak ragam - setiap orang mempunyai kehendak hati masing-masing.
9. Bapa borek anak rintik - seseorang yang menurut baka bapa atau ibunya.
10. Benang jangan putus,tepung jangan terserak - berhati-hati dalam menyelesaikan sesuatu perkara agar pihak yang berkenaan senang hati.
11.Cakap siang pandang-pandang,cakap malam dengar-dengar - hendaklah berhati-hati apabila berkata-
kata terutama ketika bercakap tentang sesuatu yang rahsia.
12. Carik-carik bulu ayam,lama-lama bercantum juga - perselisihan antara adik-beradik akhirnya akan
berbaik semula.
13. Condong ditumpil,lemah dianduh - menghulurkan bantuan kepada orang yang memerlukannya.
14. Datang tak berjemput,pulang tak berhantar - tetamu yang tidak diharapkan kedatangannya.
15. Cubit paha kiri,paha kanan terasa juga - kesusahan yang ditanggung oleh seseorang turut dirasai oleh orang yang terdekat dengannya.
16. Diam-diam ubi berisi,diam-diam besi berkarat - diam-diam seseorang yang berakal itu berfikir tetapi diam-diam seseorang yang bodoh itu hanya sia-sia.
17. Dahulu parang,sekarang besi - dahulu sangat disayangi,kini telah dibenci.
18.Direndam tak basah,dibakar tak hangus - orang yang tabah akan melakukan sesuatu perkara sehingga berjaya walaupun menghadapi pelbagai rintangan.
19. Ditelan mati emak,diluah mati bapa - keputusan yang susah hendak dibuat kerana kedua-dua perkara adalah sama pentingnya.
20. Emas di peti ,kerbau di kandang - harta benda mesti disimpan dengan baik di tempat masing-masing supaya selamat.
21. Enggang sama enggang,pipit sama pipit - kalau mencari jodoh atau sahabat hendaklah setaraf dan sepadan.
22. Gemgam bara api ,biar sampai jadi arang - hendaklah bersabar dalam melakukan sesuatu pekerjaan yang susah sehingga berjaya.
23. Geruh berbunyi ,malang tak berbau - kemalangan yang berlaku tanpa diduga.
24. Guru kencing berdiri,murid kencing berlari - kelakuan tidak baik yang dilakukan oleh orang tua akan diikuti oleh orang muda.
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat-ayat berikut.
1. Pegawai itu tidak menjalankan tugasnya dengan baik,namun sekadar
A. lempar batu sembunyi tangan B . melepaskan batuk di tangga
C. sambil menyelam minum air D . menanam tebu dibibir
2. Pak Cik Bakar menempah jeriji besi yang baharu untuk pejabatnya setelah dirompak beberapa hari yang
lalu bak kata pepatah
A. nasi sudah menjadi bubur B. seperti abu di atas tunggul
C. sudah terhantuk baru tengadah D. jauhari juga yang mengenal manikam
3. Puan Suraya mengucapkan terima kasih kepada Puan Noreen yang telah menjemputnya ke majlis hari jadi
anaknya.
A. Orang berbudi kita berbahasa,orang memberi kita merasa
B. Kerbau dipegang pada talinya,manusia dipegang pada janjinya.
C. Hancur badan dikandung tanah,budi yang baik dikenang juga.
D. Harimau mati meninggalkan belang,manusia mati meninggalkan nama.
4. Encik Tan menasihati Stanley agar menyimpan separuh daripada gajinya untuk kegunaan pada masa
kecemasan.Nasihat Encik Tan itu membayangkan kata bidalan
A. tiada beban batu digalas B. sambil menyelam minum air
C. hendak hinggap tidak berkaki D. sediakan payung sebelum hujan
5. Semua anggota keluarga Pak Cik Sammy berasa sedih akan nasib yang menimpa Villashini apabila
anak sulungnya meninggal dunia dalam kemalangan.
A. seperti tikus jatuh ke beras B. umpama galah di tengah arus
Baca petikan di bawah ,kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan frasa yang berhuruf condong.
Dewasa ini pelbagai masalah soaial telah melanda negara kita. Perkembangan negetif ini menimbulkan kebimbangan kepada pihak berkuasa dan juga masyarakat. Antara isu yang kian diperdebatkan ialah penagih dadah,vandalisme,jenayah Internet ,pecah amanah dan banyak lagi. Perkembangan ini boleh mendatangkan bencana akibat sikap belia ini sehinga menjejaskan perkembangan negara. Para belia seharusnya mempunyai cita-cita yang tinggi untuk memajukan diri dan bersaing dalam dunia global ini.jeateru,pihak berkuasa juga tidak sepatutnya hanya mengambil perhatian setelah menjadi serius. antara isu yang amat dikuatiri ialah pengamalan rasuah. Pihak yang terlibat harus mencari jalan penyelesaian untuk menenganinya. Perlu dingatkan bahawa perselisihan para pemimpin hanya mendatangkan kesusahan kepada masyarakat. Oleh sebab itu,amat penting untuk menguruskan hal ini dengan baik agar tidak menyinggung mana-mana pihak. Hal ini penting untuk mengelakkan timbul rasa kesal yang sudah tidak bermakna jika berlaku perkara lain yang tidak diingini. Selain itu,cara menangani yang bijak boleh mendidik kaum belia untuk menyumbang dan berbakti kepada negara. Belia seumpama ini sanggup berkorban demi mempertahankan bangsa dan negara.
1. ___________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
2. ___________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
3. ____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
4. ____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________